Sudi-sudikanlah Untuk MengKlick Banner Di Bawah Ni... Thank You...

Friday, 10 June 2016

(Buku) Siri Lima Penyiasat

Aku baru je beli pulak set buku siri 5 penyiasat nih...
Tapi lepas je habis baca semua judul utk siri ni aku ada rasa sikit kecewa sebab siri ni tak sama dengan siri 5 sekawan yg aku pernah baca dulu..

Kalau tak silap aku, siri 5 sekawan Enid Blyton dulu tu ada 4 orang budak je dgn seekor anjing nama Tompok.... dan siri tu ada berbelas judul..

By the way, aku enjoy jugak lah baca siri 5 penyiasat yg aku baru beli terbitan Fargoes nih..

Kisah tentang 5 budak bernama Gemuk, John, Samy, Mary dan Seroja bersama anjing Buster..

Diorg ni budak2 yg suka menyiasat perkara misteri kat kawasan diorg..

Selalunya penyiasatan diorg ni sering dihalang oleh seorg polis bernama Encik Goon..

Judul2 yg ada dlm siri ni:
1. Misteri Pondok Terbakar
2. Misteri Kucing Hilang
3. Misteri Bilik Rahsia
4. Misteri Rantai Hilang
5. Misteri Karung Ajaib
6. Misteri Surat Dendam
7. Misteri Banduan Ghaib
8. Misteri Kucing Pentomim
Walau mcm manapun, misi aku sendiri masih belum lagi selesai...

Aku nak cari jugak buku siri 5 sekawan Enid Blyton yg mcm aku pernah baca masa aku kecik2 dulu tu...

p/s: sebenarnya aku baru je tau yg Enid Blyton tu ialah seorang perempuan, ingatkan lelaki... hehehe


1 comment:

  1. aku pernah jumpa masa pesta buku kat kL dulu.
    masa tu memang aku dah cari ikut jilid.
    harga pun murah.
    tapi itu laa....

    bajet aku dah habis ke buku lain.
    menyesal bila fikir balik.
    buku nolstagia tu.

    sebab buku tu juga laa aku minat membaca.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...