Sudi-sudikanlah Untuk MengKlick Banner Di Bawah Ni... Thank You...

Wednesday 22 June 2016

Tengok Cerita Cahaya Malaika di TV3 Semalam Sempena Nuzul Al-Quran...

Semalam sempena Nuzul Al-Quran, TV3 ada tayangkan drama Cahaya Malaika..

Aku pun layan la citer ni sambil2 nak tunggu waktu asar tu kan...

Sekali terfeeling lah pulak..

Memang sedih giler citer ni..

Aku ni mmg tak berapa minat tengok citer yg berat2...

Tapi citer ni tak berat tapi sedih... especially masa scene last masa Ezra (Que Haidar) mati tu..

Aku yg jiwa metal ni pun hampir2 nak menangis semalam...

Memang power lah pengarah dan pelakon Cahaya Malaika ni...





Sinopsis‘Cahaya Malaika’ berkisar tentang penderitaan seorang suami, Ezra (Que Haidar) yang menderita akibat menghidap barah otak. Ezra, seorang penulis, menghadapi saat sukar untuk menghasilkan novel seterusnya, dibebani hutang yang banyak sekaligus membuatkan isterinya, Lily (Syarifah Shahora) dan anak mereka, Hanna turut mendapat tempias kesusahan terbabit.
Ezra membawa keluarganya balik kampung dan tinggal di rumah peninggalan arwah ibunya untuk lari daripada along dan mahu memulakan kehidupan baru. Bagaimanapun, dia tidak mengetahui yang Mak Ngah, adik kepada arwah ibunya, mahukan rumah peninggalan itu untuk dijadikan rumah inap. Di sini kehidupan mereka semakin sukar, membuatkan Ezra gagal menyiapkan novelnya manakala Lily pula mengambil keputusan meninggalkan Ezra dan Hanna untuk mengejar kekayaan dengan menjadi high class escort di bandar.
Pelbagai konflik mula berlaku dalam kehidupan Ezra yang terpaksa membesarkan anaknya sendirian, ditambah pula dengan sikap Mak Ngah yang mula bencikan Ezra hanya kerana rumah peninggalan itu. Dek kerana tekanan demi tekanan, Ezra menghidap sakit kepala dan seterusnya disahkan menghidap barah otak. Bagaimanapun, dia bertekad untuk menghabiskan novelnya untuk menjamin masa hadapan Hanna dan pada masa sama, mahu terus melawan sakit dan haknya pada rumah peninggalan arwah ibunya itu.


6 comments:

  1. Betul! Ain tgok semalam sambil lipat kain meleleh air mata . Sedih sgt !

    ReplyDelete
    Replies
    1. lakonan Que dgn budak kecik tu mmg mantap...

      Delete
  2. Tak sempat tengokkk. Klau lelaki boleh kluar ayaq mata, mmg mruntun btol la tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak tengok, click jer kat link Full movie kat atas tu... :)

      Delete
  3. ada link..mcm nak klik..kang mata masuk habuk plak.

    ReplyDelete
  4. Cerita ini memang sedih.. Pengorbanan seorang ayah..
    Meleleh air mata dibuatnya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...