Sudi-sudikanlah Untuk MengKlick Banner Di Bawah Ni... Thank You...

Thursday 14 July 2016

Kejayaan Kita Sekarang Adalah Sebenarnya Kejayaan Ibu Bapa Kita...

Kita ni selalu ingat yg kejayaan kita sekarang ni adalah mmg kejayaan kita sendiri secara TOTAL...

Personally, bagi aku benda tu kurang tepat...

Sebenarnya kita semua kena sedar yg kejayaan kita sekarang ni sebenarnya adalah reflection kepada kedua ibu bapa kita...

Daripada hasil usaha mereka selama ni...

Dengan erti kata lain merekalah yang sebenarnya berjaya..

Kita masih belum lagi untuk nak mendabik dada mengatakan itu adalah kejayaan kita jer...

Kalau kita nak lihat kejayaan kita yg sebenar ialah kejayaan anak2 kita nanti...

Jika anak2 kita nanti berjaya, haruslah kalau kita nak berbangga..

Ini kerana didikan ibu bapa tu penting dalam melahirkan anak2 yang berjaya di dunia dan akhirat..

Banyak2kan lah berdoa untuk kedua ibu bapa kita samada mereka masih hidup mahupun dah meninggal dunia...

Aku nak cakap banyak pun tak boleh jugak sebab aku pun belum kawin dan belum ada anak lagi...hehe

Tapi, aku memang rasa sangat2 berterima kasih kat kedua orang tua aku sebab diorg dah mendidik aku menjadi insan yg bagi aku bolehlah dikatakan berjaya sekarang ni...

Aku pun harap kalau ada jodoh dan rezeki, aku pun akan didik anak2 aku supaya diorg berjaya dunia dan akhirat, insyaAllah...

Korang nanti doa2kan aku lah yer... :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...