Sudi-sudikanlah Untuk MengKlick Banner Di Bawah Ni... Thank You...

Tuesday, 31 May 2016

(Video) Bangla Nyanyi Lagu Sudah Ku Tahu... Best....

Best lak suara bangla ni nyanyi lagu dpd Projector Band - Sudah Ku Tahu..

Part yang tarik tu, Khai Bahar pun kalah, tak boleh cari makan...hehehe

sayyaaaangggg.... waku kau luppaaaa....  hahaha

Layaaaannnnn....

Terlalu Obsess dgn Whatsapp...

Whatsapp ni memang berguna untuk masa sekarang ni..

Dgn whatsapp ni lah kita boleh send or receive message free, hanya perlukan line internet ataupun wifi je... boleh send file, picture dan video..
Tapi, aku agak rasa annoying dengan org2 yg terlalu obsess dgn whatsapp ni...

Antaranya ialah boss aku..

Dia mmg obsess sgt dgn menatang ni..

Sampaikan tgh driving pun dia akan baca dan reply whatsapp, and sometimes siap bubuh attachment lagi.. pernah tu hampir2 nak accident masa tu aku duduk sebelah...
Lepas tu, dia dah create lebih 20 whatsapp group untuk staff office yg tak sampai 10 org ni..

Setiap project satu whatsapp group... gila betul!!!

Sampaikan, dah banyak kali dah dia terpost kat wrong group..

Padahal, office aku ni bukan besar sgt pun..

Bilik dia kat belakang aku ni jer... pun nak whatsapp kat aku gak kalau nak tanya or discuss something... pelik aku...

Pastu, masa aku kat office, takde pun dia nak discuss apa2 dgn aku, bila aku keluar jer kalau ada meeting or anything, dia dah mulalah melompat2 hantar whatsapp aku tanya itu ini...

Ada sekali tu, aku kat Holland, dia sanggup whatsapp aku nak tanya something yg dia boleh tanya kat org office kat Malaysia ni...

So, aku harap korang2 semua jgnlah ikut perangai boss aku yg obsess dgn satu2 technology tu ye...

Monday, 30 May 2016

Berpuasa di Bulan Ramadhan...

Bulan Ramadhan menjelang tiba...
Seperti biasa, aku ni masa sahur, memang tak mkn banyak2...

Biasanya aku akan makan 3 - 5 biji buah kurma atau tamar..
Lepas tu aku akan minum segelas air kosong atau air masak..

Aku dah biasakan mcm ni bertahun2 dah...

Rasa mcm ok jer, sebab kita ni puasa dlm 12 - 13 jam jer...

Masa aku kat UK dulu, puasa time summer, puasa sampai 17-18 jam..

Tapi aku guna cara sahur yang sama jugak...

Alhamdulillah, ok jer, aku boleh tahan..

Sebab masa musim panas ni kita akan susah nak rasa lapar sgt, compared to masa winter...

Ok, balik semula masa kat Malaysia skrg ni..

Tahun lepas pun aku guna cara sama jugak untuk sahur, makan kurma dgn minum air...

Memang rasa badan ni agak ringan sikit masa puasa..

Dan kalau korang perasan, kalau masa puasa ni kita duduk je kat dalam bilik aircond, mesti akn cepat rasa lapar, so kenalah aktif2kan sikit badan tu...

Lepas tu masa berbuka atau iftar, jangan lah makan banyak sangat ataupun mentekedarah macam orang kebulur... makan sikit2... lepas tarawikh makan lagi tapi dgn kuantiti yg sikit jugak...

Barulah perut kita tak tergezut...ok...

Selamat beramal... 

Sedikit Kisah Ketabahan Adik Perempuanku...

Aku ada sorang adik perempuan..
Dia dah pun berkahwin..

Tapi sekarang ni dia dah pun jadi ibu tunggal dgn 2 org anak lelaki...

Suami dia dah meninggal dunia 4 tahun lepas disebabkan cancer...

Sewaktu diagnose arwah ni kena cancer dulu adik aku ni tgh sarat mengandung anak kedua dia...

Sebelum tu ok jer, arwah siap boleh gurau2 lagi dgn aku..

Tiba2 jer arwah ngadu sakit perut yg amat sangat...

Pergi check kat doctor, doctor kata Liver Cirrhosis, hati dia dah keras, malfunction..

Pergi lak check kat hospital, found out yg liver dia dah ada cancer...

Arwah terus jadi demotivate sangat, balik rumah terus demam...

2 minggu lepas tu Arwah menghembuskan nafas yang terakhir, dan menemui Penciptanya..

Masa tu Adik aku ni tengah sarat sangat...

Bayangkan, dahlah sedang sarat, dalam masa yang sama Suami yg disayangi meninggal dunia..

Memang besar jugak dugaan yang adik aku tanggung...

Walaupun aku nampak airmata adik aku ni tak henti2 mengalir, aku dapat tengok ketabahan hati dia...

Tiba masa adik aku ni nak bersalin anak dia yg 2nd tu, aku siap bergaduh2 lagi dgn boss aku sebab aku nak tunggu adik aku kat hospital, boss aku tak bagi...

Bila dah bersalin jer, aku terus pergi jumpa nurse, tanya keadaan adik aku, dia kata dah selamat bersalin..

Aku nak tengok baby, nurse kata takleh sebab hanya suami jer yg dibenarkan... dgn nada sebak aku bagitau kat nurse tu yg suami dia dah meninggal, aku ni abang dia yg bertanggungjawab keatas dia...

Terus nurse tu minta maaf dan bagi aku masuk..

Aku terus pegang baby sebab nak azan kat telinga dia... suara aku menggeletar dan tak terkeluar, sebab sebak sangat... anak ini tak dapat menatap wajah ayahnya sejurus lahir ke dunia ni...

Aku gagahkan jugak diri aku untuk azankan dan qamatkan kat baby tu.. lepas tu aku cium dia, sambil air mata aku mengalir ke pipi baby tu...

Semoga baby ni akan menjadi anak yang soleh... InsyaAllah...

Aku letakkan baby tu balik kat bawah lampu dan terus gi tengok adik aku... aku buat2 senyum untuk pastikan adik aku tabah untuk menghadapi hari2 mendatang...


Sunday, 29 May 2016

Bomoh Tuk Ding kata: Kemewahan didepan muka anda...

Bomoh Tuk Ding kata: Kemewahan didepan muka anda...
Sebenarnya flyer ni aku jumpa kat depan opis aku dah lama dah..
Ada jugak orang iklankan service bomoh mcm ni ek..
Aku assume Tuk Ding ni mesti "power giler"...
Janganlah meragu-ragu lagi...
Adoooiiiyaiii... ko ingat senang ke nak senang..
Kalau Tuk Ding nak tolong sangat, apa kata Tuk Ding beli dulu semua nombor2 ekor tu..
Pastu, dah menang, bagilah duit tu kat orang2 susah..
TAPI, walau mcm mana pun, diingatkan kat sini, bagi orang Islam benda2 ni HARAM dan Berdosa...
So, tak payah lah nak jumpa bomoh dan main no ekor ni... takde faedah pun...

Saturday, 28 May 2016

Cara2 Nak Letak Google Friend Connect / Followers Kat Dalam Blog / Website

Sebab dah lama sangat aku tak memblogkan diri, sekarang ni dah tak ingat atau mungkin ada perubahan kot cara2 nak bubuh Google Followers kat dlm blog kita...

Puas aku try cari dlm Add a Gadget tapi tak jumpa mula2... Search kat dlm More Gadgets pun tak jumpa jugak...



Rupa2nya takleh search mcm tu...

Kena find guna ctrl+F... lepastu taip lah FOLLOWERS..


Barulah jumpa...then choose je lah...

Selamat mencuba...hehehe

Friday, 27 May 2016

Kenangan di Istanbul 19th March 2016.... Hari Serangan Bomb di Istiklal Street, Istanbul

Perkara ni berlaku masa aku kena outstation ke Holland...

Ada masalah dgn factory kat sana so, aku ditugaskan utk solve issue kat sana...

Actually nothing much that I can help to solve the problem... 

So, aku pun pegilah kesana sensorg naik Turkish Airline, connecting kat Istanbul...

Lepas setel semua kat Holland, 19th March, aku pun balik KL dan mcm biasa connecting flight kat Istanbul gak, tapi lama giler 14 jam...

Aku pun decided utk keluar jenjalan kat Istanbul tu, maklumlah, tak pernah lagi aku sampai Istanbul sebelum nih.. Istanbul Aku Datang... hehehe

Walaupun, ada gak perasaan risau sebab minggu sebelum tu ada dengar berita bombing kat Ankara...

Bila flight touch down jer kat Istanbul Ataturk Airport, aku pun keluar jap nak isap rokok...hehehe

Pastu bila aku nak masuk balik dlm kawasan airport tu, kena buat thorough check-up mcm nak check in, segala hand luggage pun kena go through x-ray machine...

No choice aku kenalah jugak masuk sebab masa tu pagi buta lagi, belum masuk subuh pun, aku pun ingat nak gi sarapan dulu kat dalam..

Aku pun masuklah dan gi cari tempat minum... sebelum tu kena tukar duit dulu sebab kat situ pakai Lira, tak pakai Euro...




Ok, nak pendekkan cerita, lepas jer minum, gi solat subuh, terus jer gi beli tiket train nak gi jenjalan..

Tempat2 utama yg aku nak pegi:
Blue Mosque - SultanAhmed Camil


Aya Sofya


The Million Stone


Grand Bazaar

Grand Bazaar

Semua tempat2 ni walking distance jer... kenalah menapak sebab taknak naik taxi, ada org cakap taxi kat sini ramai yg penipu... so, aku kenalah hati2... actually nak save budget... hehe

Lepas jer jenjalan di separuh masa pertama, aku pun dah lapar giler...

Sebelum meneruskan separuh masa kedua punya jenjalan, aku pun decide utk isi perut dulu...

Singgahlah makan nasik, ayam, dgn roti...



Lepas jer abis makan, berehat jap kat Restaurant tu...

Tetiba jer kaki aku rasa sakit sangat, maybe sebab berjalan banyak sgt masa 1st half tadi...

Actually, aku plan masa 2nd half nanti nak pergi jauh sikit naik tram..

Aku plan nak pergi 2 tempat ni; Istiklal Street dan Hard Rock Cafe Istanbul..

Setelah pikir banyak kali, aku pun tak jadi lah pergi sana, sebab kaki dah sakit sgt..

So, aku pun menapak lah balik ke tram station, sambil2 otw tu beli fridge magnet utk kengkawan...

Naik tram nak balik airport..

Sambil2 duduk dlm tram, tetiba nampak kat luar ada dlm 4-5 bijik ambulance memecut laju2... lepas tu tram lalu depan hospital, nampak org ramai giler mcm kecoh2 jer... aku buat tak tau jer lah, sebab mmg malas amik port dgn diorg ni, kengkadang perangai pelik2...

Tetiba jer aku dpt message whatsapps dari abg aku from Abu Dhabi... dia tanya aku ok tak? aku cakap ok... dia kata hati2 sebab kat Istanbul ada bomb... aku cakap mana ada, aku baru jer jenjalan tadi, ok jer... dia kata dia dpt info sah kata mmg ada bomb kat sana... so, hati2..

Aku pun terus bukak news.... meremang bulu tengkuk aku bila baca, sejam yg lepas mmg ada letupan bomb kat Istiklal Street, tempat yg aku nak pergi tadi.. terus aku teringat kat ambulance yg banyak2 tadi tu...



Nasib baik aku tak pergi, Alhamdulillah aku masih selamat... rasa nak menangis jer aku masa tu... sampai jer kat train station, aku terus turun tram naik train shoot balik airport... takpelah, biarlah aku tunggu lama2 kat airport asalkan selamat...

Kat airport, aku tak sabar2 nak tunggu boarding nak balik Malaysia tanahairku...





Kenapa Aku Nak Sangat Dapatkan PhD....???

Aku ni bukan lah budak pandai...

Tapi aku ada keinginan... nak ada PhD..

Sebenarnya, sebagai Engineer aku tak perlu pun ada Master or PhD bagai..

Abg2 aku semua ada PhD...

Adik aku sorang Medical Doctor, yg sorang lagi baru habis Master...

Aku sendiri ada Master, dan dah pernah pun buat PhD, tapi tak habis, belum ada rezeki...

Adik aku yg ada Master tu mmg aku encourage dia sgt utk sambung PhD walaupun aku sendiri tak habis buat... hehehe

Tapi bukan itu persoalannya...

Persoalannya ialah, kenapa aku nak sangat semua adik beradik aku ada title Dr....


Ceritanya mcm ni...

Dulu masa aku mula2 lahir kat dunia ni, bapak aku dpt tawaran sambung Master kat US..

Disebabkan aku ni kecik lagi, Arwah Atuk aku tak bagi Mak aku bawak aku pi US..

Dia kata kat sana sejuk, nanti aku beku...

So, Ayah, Mak dan abg2 aku pun pegilah ke US...

Aku lak tinggal dgn Atuk aku kat kampung...

Lepas setahun, Ayah aku dah lulus Master, dia dpt tawaran utk sambung PhD terus kat US tu...

So, diorang pun tulis lah surat kat Arwah Atuk aku, mintak dia hantarkan aku kat airport Subang, nanti Ayah aku akan tunggu lah kat airport sana.. Dlm surat tu jugak, ayah aku siap bagi sekali gambar Mak Aku sedang kesedihan merenung gambar aku semasa baby...

Arwah Atuk aku tak bagi buat camtu, dia balas surat tu, bagitau yg cucu dia ni bukan barang2 yg nak pos2...

Ayah aku pun decide lah utk tak meneruskan pengajian dia peringkat PhD dan balik Malaysia hanya dengan Master Degree dia...

Kerana perkara tu lah aku terasa bersalah sangat...

Aku terasa mcm aku ni telah menyebabkan Ayah aku tak dpt menggenggam PhD dia..

So, aku berazam sgt untuk aku dan semua adik beradik aku agar dpt PhD, sebagai hadiah untuk Ayah aku...


Thursday, 26 May 2016

Hulurlah Duit Kat Mak Bapak Kita....

Kita ni kengkadang berkira sangat nak hulur duit kat orang tua kita...

Termasuklah aku sendiri... dulu masa mula2 kerja adalah hulur 2-3 kali je... pastu dah tak bagi dah...

Sampailah dah berbelas tahun bekerja, tak bagi pun duit kat mak bapak aku..

Masa tu gaji banyak mcm mana pun asyik tak cukup jer bagi aku..

Mungkin keberkatan tu kurang..

Sebenarnya orang tua kita ni bukan nye nak sgt pun duit kita tu..

Diorg pun ada cukup duit nak hidup, tak perlu pun duit kita sebenarnya...

Tapi, kita ni sebagai anak, bagi lah sikit, tanda kita menghargai mereka..

Aku ni lepas je balik dari oversea dan start kerja balik kat tempat kerja baru, walaupun gaji tak seberapa, Alhamdulillah, aku jadikan habit atau kebiasaan, bila balik jer kampung akan hulur sikit duit kat diorang masa salam nak balik...


Pastu kalau gi makan2 kat luar sama2 dgn diorg tu, ringan2kanlah tangan utk belanje makan...

Alhamdulillah, aku rasa yg kali ni duit gaji aku ni lebih berkat... Allah sentiasa je permudahkan segala urusan aku...

Lepas solat tu jangan lupa doa ni:

Lagi satu nak tambah, jangan lupa keluarkan zakat pendapatan kita... selain dapat keberkatan, dapat jugak tax exemption dpd LHDN... hehehe  

Sekarang Ni Musim Smule... part 2

Aku rasa smule ni bagus lah jugak sebab kita boleh nampak banyak bakat2 terpendam kat situ...

Selain tu dapat jugak membina confidence diri, bila kita nyanyi sambil rakam video..

Ada jugak bakat2 baru yg sekarang ni dah jadi popular kerana smule ni... contohnya mcm khai_bahar, wanyhasrita dll.. entah, aku pun tak kenal sgt yg lain2 tu... hehehe



Selain tu muncul jugak group2 yg menyatukan diorg2 ni semua dlm smule nih... contohnya mcm group Anarchy, MySC, SVT, FSL dll...

Bagus jugak, at least diorg boleh bersosial secara sihat kat dlm nih kan...

(Video) Cute Kitty Confused by His Own Tail

Video ni aku rakam masa tgh tunggu cuci kereta kat carwash...

Punyalah khusyuk dia belek ekor dia tu sampai tak perasan aku tgh rakam...

Wednesday, 25 May 2016

Cara Nak Cari Flight Ticket Murah.. skyscanner.net

Aku ni boleh lah katakan selalu travel..

Biasalah, kalau nak travel pakai duit poket sendiri tu, kenalah budget2...

So, antara perbelanjaan utama kalau nak travel ni ialah tiket kapal terbang...

Kalau tak pandai cari mmg lah mahal...

So, aku cadangkan sesiapa nak travel tu boleh la cari flight ticket kat website bawah ni...

http://www.skyscanner.net

So far, website ni memang banyak lah membantu aku nak cari flight ticket murah...

Korang boleh je letak mana route yg korang nak lalu atau pergi dan bila tarikh nya...


Nanti skyscanner ni akan carikan dan susun flight ticket mengikut harga yang paling murah onwards... 

Sometimes, mungkin yang paling murah tu time dia tak sesuai pulak, so korang bolehlah scroll down dan cari yang sesuai dengan kehendak korang...

ENJOY YOUR TRIP....







Jom Minum Kopi.... Kopi' Leh Dhia...

Tadi lepas lunch dgn geng2 opis, kitorang singgah beli kopi kat tepi jalan...

Sekarang ni mmg trend org jual kopi kat tepi jalan..

Kitorg pun singgah lah beli Kopi' Leh Dhia kat USJ 1 ni...



semua kopi yang dia jual harga RM5... murah la tu..

Pastu ada mcm2 pilihan campuran kopi yg korg nak...

Kali ni aku try Strawberry Chocolate (sebab aku ni sebenarnya tak minat sgt kopi)...


Memang best wa cakap lu...

Dahlah banyak lak tu....

So, kalau korg nak try tu bolehlah try....

Gerai dia opposite Masjid Al-Irsyad USJ 1... 




Teksi kat Malaysia

Aku ni jarang lah naik teksi kat Malaysia ni..

Bukan apa mungkin sebab aku lebih selelsa bawak kereta kot...

Tapi kengkadang bila aku kena outstation ke oversea, aku perlukan transport utk hantar aku ke airport..

Sekadar gambar hiasan...


So, aku pernah lah guna perkhidmatan teksi ni..

Comment aku pasal teksi yg pernah aku naik, so far takde masalah..

Cuma kengkadang tu teksi yg aku dapat ni kebersihan dia tak berapa dijaga sgt...

Kengkadang tu kotor, pastu kat boot belakang tu takleh nak letak barang kita banyak sgt sebab kebanyakan diorg ni ada tong NGV...

Tapi sebab aku pun tak berapa nak kisah sgt dgn benda2 tu, aku naik jer lah teksi tu...

Lagi satu tambang teksi ni tak consistent... kengkadang mahal kengkadang murah...


Sekarang Ni Musim Smule... part 1

Sekarang ni aku tengok cara terbaru utk bersosial ialah dengan Smule..

Smule ni satu apps atau platform utk kita nak tunjuk bakat terpendam melalui nyanyian...

Dengan erti kata lain, Karok lah...

Aku pun secara sengaja dah terjerumus dengan Smule ni, hahaha...

Nak kata suara aku ni sedap tu tak lah sangat...

Tapi boleh lah..

Dan aku pun tanpa segan silu dah ada VIP account untuk smule ni.. hahaha

Tak pasal2 setiap bulan kena bayar RM11.++...

Takpelah, dah nama minat atau hobi kan, layan kan ajelah...

Bukan kacau org lain pun...

Mula2 aku terpegun dengan sorang awek smule ni... ID smule dia wanyhasrita 

Cun wooo aku tengok dia ni... dah lah cun, suara sedap lak tu, pakai tudung...


Aku pun follow lah wany ni, walaupun dia tak follow aku... :p

Bawah ni lak salah satu video smule dia karok dgn diri dia sendiri... lagu Kurik Kundi..



Comel kan?? siap ada background sejadah lagi kat belakang tu... sejuk je hati tengok...

Bergetar jer tulang rusuk jantan2 yg menengoknya...



Doa-doa Berkaitan Dengan Kerja dan Dipermudahkan Urusan..

Kita biasanya selalu stress dengan kehidupan dan jugak kerja...

Cuba amalkan beberapa tips kat bawah ni..

Pagi2 sebelum start kereta baca bismillah...


Sebelum kereta bergerak, baca tawakkal tu alallah dan doa naik kenderaan...

dan



Bila dah sampai tempat kerja atau office tu, ringan2kanlah mulut bagi salam atau greetings dgn senyuman ikhlas...

pastu bacalah doa dipermudahkan urusan...

kalau boleh, korang print lah doa ni dan tampal kat meja opis...

INSYA ALLAH... 





Masalah dengan Allianz Life Insurance - Part 3

Ok... sambungan daripada aku kena kencing dgn Allianz pasal surat..

Aku pun tunggu lah buat kali keduanya due date utk dptkan balik refund aku...

Tarikh yang ditunggu2 pun tiba...

seminggu lepas tarikh tu, aku pun call lah Allianz tanya pasal status...

Allianz kata aku kena buat surat utk stop kan polisi...

Adooooiii... mula2 tak suruh aku buat surat, sekarang ni suruh pulak... mmg hampeh Allianz ni..

Takpelah, not a big deal... senang je buat surat tu...

Aku pun buat surat utk stop kan polisi dan mintak refund from Allianz...

Lepas je submit surat tu, aku tanya berapa lama boleh dpt refund? berapa dia akan refund??

Diorg jawab amik masa dlm 2 minggu diorg akn meeting dulu lah, buat SOP lah...

Ok takpe, aku tunggu lagi 2 minggu...

Lepas 2 minggu aku call balik aku tanya bila dia akn refund dan berapa??

Diorg kata akn hantar check kat aku dlm masa seminggu amount RM***.** tak sampai 1/4 daripada yg aku dah bayar tiap2 bulan kat diorg dan kurang dpd amount yg aku kena bayar sendiri kat hospital masa aku sakit dulu tu...

Takpelah, dah rezeki aku banyak tu jer kan, nak buat mcm mana, bersyukur je lah... janji dia refund balik walaupun sikit.... Alhamdulillah...

So, lepas seminggu aku call lagi sekali kat Allianz, tanya status, dia kata check tak keluar lagi...

Aku bagitau dia, takpelah, alang2 check tak keluar lagi, aku nak mintak diorg tukar alamat penghantaran ke alamat office aku, senang sikit.... so diorg pun tukar lah...

Lepas seminggu aku call lagi, diorg kata lagi senang kalau bank in jer ke account bank aku... pastu suruh aku isi form E-Payment Authorization Form... aku masih sabar lagi, aku pun kelam kabut print out, isi, scan dan sent kat diorg.... kesilapan aku, aku tersent salah file (borang kosong)...

So, selang 3 hari pastu aku pun sent lah lagi sekali form yg aku dah isi yg sebenar...

Selang 2 hari pastu (hari ni, hari aku post entry ni) aku dpt email dpd Allianz lak kata "there’s an outstanding document which is the Surrender Form and Policy contract. We will proceed upon receiving the original document."

WTH!!!!!!... sekarang ni lak nak suruh aku isi Surrender Form bagai... aku terus call Allianz tadi, tanya dia apa benda ni??? korang nak bayar ke tak?? ...

Last2 Allianz cakap, takpe ignore je email tu, Allianz akn buat bayaran dlm masa 5-7 hari...

Ok, takpe, aku akn tunggu lagi 5-7 hari...

Aku siap buat chronology lagi setiap kali call dan received email from Allianz... setiap perbualan aku take note, tanya dengan siapa aku bercakap, date bila, time bila...

Kepada Allianz.... DO NOT BULLY YOUR CUSTOMER!!!!!!



Tuesday, 24 May 2016

Masalah dengan Allianz Life Insurance - Part 2

So, sambungan entry aku sebelum ni pasal Allianz...

Lepas je aku balik rumah dalam keadaan sakit, aku pun call pihak Allianz untuk mintak penjelasan..

At the same time aku call agent aku bagitau pasal masalah ni..

Dia kata, akn dptkan full refund semua bayaran yg aku dah buat masa rawatan sebelum warding hari tu...

Selepas beberapa minggu menunggu malangnya pihak Allianz taknak bayar..

Then, aku dah bengang aku cakap aku nak terminate je polisi aku..

Pihak Allianz come out with satu proposal dan kata kalau aku agree dgn proposal tu, suruh aku sign surat tu dan submit...

Terus terang lah aku cakap, aku dah takde hati dah nak teruskan polisi aku dgn Allianz ni..

Aku bayar bulan2 tapi bila aku perlukan GL tak dapat...

So, aku pun tak sign surat tu dan tunggu sampai due date dia (ada mention kat dalam surat tu kalau aku tak sign sampai due date tu maksudnya aku tak setuju).

Dalam surat tu jugak mentioned kalau aku tak setuju, Allianz akn pulangkan insurance cost dan polisi tu akn void...

Aku pun tunggu lah tarikh keramat tersebut...

Malangnya, sekali lagi Allianz nak kencing aku dan bagi lagi satu surat yg lebih kurang sama dengan yg sebelum ni tapi due date tu di extand kan lagi sebulan... Hangin satu badan aku....


Masalah dengan Allianz Life Insurance - Part 1

aku bengang betul dengan Allianz ni..

beberapa bulan lepas aku sakit dan doktor suruh aku masuk ward...

so, aku pun dengan bangga nye bagilah medical card Allianz untuk diorg semak dan mintak GL..

pukul 2 pagi beb...

dlm pukul 4 am tu Allianz bagitau refuse utk bagi GL...

sebabnya dia kata aku ada tak disclose info pasal aku pernah masuk hospital yg sama tu dulu...

so, kalau aku nak masuk ward jugak kena keluarkan duit sendiri dulu sementara Allianz siasat ataupun dia kata investigate....

mana aku ada duit RM6k??? kalau ada, tak payahlah aku amik medical card bagai...

so, aku pun dengan rasa marah dan kecewa, suruh nurse cabut drip, bayar dan balik rumah dalam kesakitan yang amat sangat....


Introoo........




hari ni first time aku memblog kan diri...

aku pun tak tau nak tulis apa..

cukuplah nak bagitau, like lah page fb aku... hehehe

https://www.facebook.com/spendalusuh

lepas ni aku akan share lagi benda2 best kat sini...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...