Sudi-sudikanlah Untuk MengKlick Banner Di Bawah Ni... Thank You...

Thursday, 30 June 2016

The Worst Ramadhan Buffet aku pernah pergi. Oceania The Summit Hotel,

Tadi aku dgn geng2 opis aku berbuka puasa kat Buffet Ramadhan Oceania The Summit Hotel USJ...

Sepanjang hidup aku, ni lah Ramadhan Buffet paling teruk sekali aku pernah pergi..

Rate mahal nak mampos RM78 per pax, so, my expectation mestilah sesuai dgn harga..

Benchmark aku ialah Kambing Panggang, seperti yg dia letak dlm iklan..

Aku mmg penggemar kambing panggang, so, inilah yg mula2 sekali aku akn ambik masa iftar..

Kat Oceania The Summit Hotel ni sebenarnya bukan kambing panggang... aku boleh kategorikan Sayur Panggang...
Sayur panggang, bukan kambing panggang...

Agak2lah nak kaut untung pun, sayur kau dah 80% dpd portion kambing tu..

Dahla aku ni mmg jenis tak makan sayur..

Bila aku mintak kat penjaga stall tu, nak kambing only, dgn muka musibat dia kata tak boleh..
Musibat penjaga stall kambing...

Aku pun tunjuk lah kat kambing yg dia tgh potong tu.... dia kata still tak boleh jugak, sebab dia nak campurkan jugak dgn sayur yg melimpah kat dlm kuali tu...

Aku cakap aku tak makan sayur, aku nak kambing jer... musibat tu jawab, kalau I bagi kat you kambing saja nanti orang lain pun akn mintak mcm tu jugak....WTF???

That's not my problem... aku bayar nak makan kambing panggang kot, bukan sayur panggang... siot betul lah...

Kalau takut daging kambing tu tak cukup, prepare lah lebih2... bukan murah2 aku bayar, RM78 per pax tu...

Mamat tu buat muka musibat dia tak layan aku... aku pun geram, pergi amik 2 pinggan, suruh dia letak sayur2+daging kambing tu atas pinggan aku, depan2 dia aku asingkan daging kambing yg tak sampai 7 helai tu kat pinggan satu lagi...

Pinggan yang penuh dengan sayur tu aku tinggalkan jer kat situ... geram betul aku...

So, untuk siapa2 yg nak Iftar kat Summit Hotel tu, aku rasa tak payahlah... buang duit jer...

Dahlah org penuh giler, dia main sumbat jer semua org, tak pikir lauk cukup ke tak... pastu bila lauk, nasik, air habis, diorg tak top-up... memang perangai macam komunis...


Oceania The Summit Hotel

Oceania The Summit HotelOceania The Summit Hotel

Wednesday, 29 June 2016

Pengalaman Berpuasa Ramadhan Di Musim Summer...

Aku pernah berpengalaman 2 kali sambut ramadhan di perantauan, masa aku study di UK...
Masa tu, ramadhan jatuh pada musim panas ataupun summer..

Jadi, waktu puasa kitorg masa tu panjang, dlm 18 to 19 hours..

Bangun sahur pukul 2.00am sebab pukul 2 lebih dah masuk subuh dah...

Biasanya aku akn sahur dgn makan kurma 3 bijik dan minum air masak kosong je... kalau rajin, aku makan roti sapu dgn tuna dan buat air teh tarik...

Pastu, waktu maghrib masuk dalam pukul 9.00pm.. 

Bila berada kat negara org, kita kena pandai sesuaikan diri..

Kat UK, bila summer, ada masa2nya solat Maghrib akan dijamakkan dgn Isyak disebabkan waktunya yg terlalu hampir...

Masa winter pulak, ada masa solat Zohor dan Asar akn dijamakkan..

Biasanya information2 ni akan diberi oleh imam2 kat masjid waktu solat Jumaat....

Coming back to cerita pasal puasa, mula2 tu mmg rasa letih sangat sebab tak biasa puasa sampai 19 jam kan...

Tapi bila dah biasa tu dah takde masalah dah..

Yg best nye musim summer ni ialah kita akan lambat rasa lapar compared to masa musim sejuk atau winter..

Aku ingat lagi, masa musim winter dulu, walaupun bukan bulan puasa, aku mmg sentiasa akn rasa lapar... satu hari nak kena makan 4 kali... tu pun masih rasa lapar lagi...

So, bila puasa time summer ni should be no problem lah...

Untuk iftar atau buka puasa lak, kengkadang aku masak sendiri, kengkadang order delivery, kengkadang gi makan kat rumah family yg dah tinggal lama kat UK yg dah dpt PR... diorg ni kalau masak makanan melayu mmg best... kiranya masa kat UK diorg ni lah family angkat aku...

Kengkadang tu, persatuan2 pelajar ataupun community di UK akn buat majlis iftar beramai2 bersama2 perantau2 yg berada kat UK...

Pengalaman berada di perantauan ni mengajar kita erti berdikari dan hormat menghormati sesama kita...

Sekarang ni, walaupun dah 2 tahun aku balik Mesia, aku still lagi keep in touch dengan diorg yg kat UK tu...


Monday, 27 June 2016

Duit Raya Giveaway by SpendaLusuh


Syarat-syaratnya ialah:
üFollow Blog SpendaLusuh
üLike facebook page SpendaLusuh
üBuat satu entry bertajukDuit Raya Giveaway by SpendaLusuh
üCopy poster kat atas tu dan backlink ke entry ni.
üComment sambil bubuh link post kat bawah ni.
üClick lah jugak semua nuffnang ads yang ada kat blog ni sekali ye….hehehe

- Pemenang2 akan ditentukan melalui undian rawak.
- Keputusan akan diumumkan pada 14/7/2016.

Semoga Berjaya.... 

Berzakat Membawa Berkat... Jom Berzakat..

Bulan Ramadhan semakin melabuhkan tirai..

Lebih kurang seminggu lagi kita akn masuk ke bulan Syawal dan merayakan Eidul Fitri..

Siapa2 yg masih belum menunaikan zakat fitrah tu, pergilah bayar, jgn tunggu sampai terlupa nanti..

Memang pun waktu paling afdhal bayar zakat fitrah ni sebelum solat sunat eidul fitri, tapi untuk mengelakkan terlupa ataupun kelam kabut dipagi raya nanti, aku pilih untuk bayar awal dlm bulan Ramadhan...

Bagi aku yang tinggal kat Selangor ni, kadar yang ditetapkan tahun ni ialah RM7.00 seorang...
Buat masa ni, aku hanya bayar utk aku sorang je lah, sebab still single lagi kan... hehe

InsyaAllah, semoga nanti bertambah lah beberapa keping resit lagi di masa2 mendatang... doa2kanlah ye..

Peraduan Duit Raya..! Mulai 27 Jun - 5 Julai 2016

Peraduan Duit Raya..! Mulai 27 Jun - 5 Julai 2016

Sunday, 26 June 2016

Kisah Dulu2... Simpan Bulu Ayam Dalam Buku Sekolah...

Aku teringat masa kecik2 dulu, masa sekolah rendah...

Macam2 kegemaran dan permainan zaman aku kecik2 dulu yg aku rasa ramai bebudak zaman sekarang ni yg tak pernah rasa...

Zaman aku kecik2 dulu main guli, galah panjang, bola chap, konda-kondi, baling selipar, etc...

Kegemaran pulak, main labah2, lawan semut, simpan daun setawar dan simpan bulu ayam..

Untuk entry ni aku nak citer pasal simpan bulu ayam kat dalam buku sekolah..

Masa tu, boleh kata semua bebudak kat sekolah aku tu akan simpan bulu ayam kat dalam buku sekolah masing2..

Konon2nya, bulu ayam tu nanti akan tumbuh anak2 dia dengan warna2 yg lebih cantik lagi...

Pastu nak bagi baja, kena letak habuk sampah asah pensel sekali kat dlm buku tu..

Habis berabuk2 kotor buku masing2..

Konon2nya bulu ayam tu akan menyerap zat2 habuk asah pensel tu dan mengeluarkan bulu yg lebih gebu dan berwarna warni... hahahaha

Aku pun pelik, mcm mana lah bebudak time tu boleh terpikir benda2 "khurafat" mcm tu... hahahaha

Gigih tu, menunggu bulu tu tumbuh... 

Ada tak siapa2 yg sezaman dan ada pengalaman sama mcm aku ni... :P

Terasa diri ni tua la pulak... hehehe

(Video) Lagu Raya Sudirman Paling Sedih

sedih betul dengar minah ni nyanyi lagu Dari Jauh Kupohon Maaf.. 

rasa macam nak menitik jer air telinga nih...



Friday, 24 June 2016

Pencarian Bloglist Bulan Julai

 Click Banner Ini Untuk Join..
Click Banner Ini Untuk Join...

Wednesday, 22 June 2016

Tengok Cerita Cahaya Malaika di TV3 Semalam Sempena Nuzul Al-Quran...

Semalam sempena Nuzul Al-Quran, TV3 ada tayangkan drama Cahaya Malaika..

Aku pun layan la citer ni sambil2 nak tunggu waktu asar tu kan...

Sekali terfeeling lah pulak..

Memang sedih giler citer ni..

Aku ni mmg tak berapa minat tengok citer yg berat2...

Tapi citer ni tak berat tapi sedih... especially masa scene last masa Ezra (Que Haidar) mati tu..

Aku yg jiwa metal ni pun hampir2 nak menangis semalam...

Memang power lah pengarah dan pelakon Cahaya Malaika ni...





Sinopsis‘Cahaya Malaika’ berkisar tentang penderitaan seorang suami, Ezra (Que Haidar) yang menderita akibat menghidap barah otak. Ezra, seorang penulis, menghadapi saat sukar untuk menghasilkan novel seterusnya, dibebani hutang yang banyak sekaligus membuatkan isterinya, Lily (Syarifah Shahora) dan anak mereka, Hanna turut mendapat tempias kesusahan terbabit.
Ezra membawa keluarganya balik kampung dan tinggal di rumah peninggalan arwah ibunya untuk lari daripada along dan mahu memulakan kehidupan baru. Bagaimanapun, dia tidak mengetahui yang Mak Ngah, adik kepada arwah ibunya, mahukan rumah peninggalan itu untuk dijadikan rumah inap. Di sini kehidupan mereka semakin sukar, membuatkan Ezra gagal menyiapkan novelnya manakala Lily pula mengambil keputusan meninggalkan Ezra dan Hanna untuk mengejar kekayaan dengan menjadi high class escort di bandar.
Pelbagai konflik mula berlaku dalam kehidupan Ezra yang terpaksa membesarkan anaknya sendirian, ditambah pula dengan sikap Mak Ngah yang mula bencikan Ezra hanya kerana rumah peninggalan itu. Dek kerana tekanan demi tekanan, Ezra menghidap sakit kepala dan seterusnya disahkan menghidap barah otak. Bagaimanapun, dia bertekad untuk menghabiskan novelnya untuk menjamin masa hadapan Hanna dan pada masa sama, mahu terus melawan sakit dan haknya pada rumah peninggalan arwah ibunya itu.


Datuk Seri Dr Vida Nak Bid Plat Number VIP1 dan VIP6 Untuk Kereta Bugatti Veyron Anaknya....


Usahawan Kecantikan, Datuk Seri Dr Vida ataupun nama sebenarnya Hasmiza Othman dikatakan ingin membida nombor plate kereta VIP1 & VIP6 untuk diletakkan di kereta anaknya lelakinya yang berumur 9 tahun...

Dia nak belikan anaknya tu kereta Bugatti Veyron.. Anak dia yg kata berminat nak kereta tu dan anak dia tu yang buat research sendiri secara online...

Bugatti Veyron ialah kereta yg paling laju di dunia dengan kelajuan maksimum 407 km sejam, dan berharga AS $3.6 juta (RM14.5 juta).

Source: thestar

Untunglah kau nak... 9 tahun dah merasa Bugatti Veyron.. sampai ke tak kaki tu nanti...huhu

Hobi Aku Memancing Ikan.. Part 3

Kisah seterusnya pasal hobi memancing aku ni ialah pengalaman pasang tajur dan casting dapat ikan haruan besar betis...
Gambar hiasan, credit to habinos.

Masa tu aku dgn member satu Uni aku plan nak pergi casting kat tasik dlm Uni kitorg belajar...

Kitorg plan nak pasang tajur dulu pagi tu dlm 10 batang...

Korang tau tak tajur tu apa?? hehe..

Ok, tajur tu batang pancing yg simple kengkadang buat dpd buluh atau pelepah anak pokok kelapa sawit...

Sebabkan Uni aku tu dekat dgn ladang kelapa sawit, so, kitorg pun pergilah cari anak pokok kelapa sawit tu..

Senang jer nak buat tajur tu... raut semua daun dia, tinggalkan pelepah/batang tu jer..
Gambar hiasan, credit to zarnistics

Kitorg bawak balik rumah, pasang tali dgn mata kail..

Pastu pergi kedai ikan hiasan, cari anak ikan emas..

Sampai jer kat tasik tu, kitorg pun cangkuk mata kail kat belakang ikan emas tu dan pasang semua tajur yg ada...

Dah setel semua dah pasang kitorg balik lah rumah, layan VCD...hehe

Bila petang jer, kitorg pergilah kat tasik tu semula tengok hasil...

Daripada 10 tajur yg aku pasang tu, 4 btg kena ikan haruan, 2 batang kena ikan keli... aku pun pelik mcm mana ikan keli boleh suka mkn ikan emas pulak...

Dah simpan semua tajur tu, kitorg pun keluarkanlah joran masing2 nak casting...

Kali ni kitorg pasang katak hidup guna double mata kail...

Dpt sekor jer mula2 tu adalah dlm sejengkal setengah saiz dia...

Dan tiba2 joran aku mengena ikan besarrr punyaaa...

Aku pun mula2 tak pasti ikan apa yg aku dpt... dekat 15 minit jugak bertarung...

Lama bertarung bukan pasal apa, sebab ikan tu masuk menyorok kat celah dahan kayu dlm air, tu yang susah tu...

Last2 member aku dah hilang sabar, dia terjun kat tasik tu, lah, tak dalam pun rupanya...

Member aku keluarkan kayu2 yg terbelit dgn tali joran aku tu...

Bila dah release jer aku pun gulung joran.... kitorg bersorak giler... dpt ibu haruan tu... besar betis...hahaha

Bangga giler masa tu... zaman tu handphone takde camera lagi... kalau ada, mmg kitorg dah selfie punya...

Kitorg pun bawak balik ikan, siang, hantar kat rumah mak aku, mintak tolong mak aku masak lemak cili api... meleleeehhh...

My Dream Car... Maserati..

Setiap org aku rasa mesti ada dream car masing2..

Tak salah kalau kita mengimpikan kereta kesukaan kita...

Impian tak perlu duit pun..

Aku agak kerap gak pergi ke Italy atas urusan kerja...

Kat sana aku selalu ternampak kereta Maserati ni..
Memang class lah siapa yg bawak keta nih..

Salah sorang yg bawak keta ni CEO company yg aku selalu deal kat sana tu..

Dahla dressing dia dgn perangai dah macam mafia, pakai lak keta nih... perrghhh...

Bagi aku mahal mcm mana pun keta tu, aku nak yg ada 4 pintu..

Kalau 2 pintu, payah beb, nak bawak org duduk seat belakang nanti kena lipat seat lah bagai...

Kat Mesia ni ada gak sekali sekala ternampak org bawak keta Maserati ni kat area KL..

InsyaAllah, kalau ada rezeki dapatlah aku pakai keta ni..

Sekarang ni aku nak tido dulu, manalah tau mlm ni mimpi ada org hadiahkan Maserati sebijik kat aku ikat tepi ke... hehehe

Tuesday, 21 June 2016

Senarai Lengkap Movie Cerita Lakonan Stephen Chow...

Aku ni mmg peminat tegar cerita2 lakonan Stephen Chow ataupun Chow Sing Chi..

Actually, aku ni mmg peminat filem2 Hong Kong, especially cerita2 kelakar...

Movie2 Stephen Chow ni aku ada simpan koleksi dia daripada tahun 80an sampai yang terbaru, total ada lebih kurang 50Gb..

Apa yg best dgn mamat ni, kalau dia buat lawak, muka dia muka seposen je mcm takde perasaan...

Pastu, heroin yg berlakon sekali dgn dia mesti cun2...

Antara pelakon yg selalu berlakon dgn dia ialah Ng Man Tat...


List movies dia:

1-Final Justice -1988

2-Faithfully Yours -1988
3-Dragon Fight -1989
4-Thunder Cops II -1989
5-Just Heroes-1989
6-Love Is Love -1990
7-My Hero -1990
8-Lung Fung Restaurant -1990
9-The Unmatchable Match -1990
10-Curry and Pepper -1990
11-Sleazy Dizzy -1990
12-Look Out, Officer! -1990
13-All for the Winner -1990
14-When Fortune Smiles -1990
15-Triad Story -1990
16-Legend of the Dragon -1990
17-God of Gamblers II -1991
18-The Top Bet -1991
19-Fist of Fury 1991 -1991
20-Fight Back to School -1991
21-God of Gamblers III: Back to Shanghai -1991
22-The Magnificent Scoundrels -1991
23-The Banquet -1991
24-Crazy Safari -1991
25-Tricky Brains -1991
26-Fist of Fury 1991 II -1992
27-All's Well, Ends Well -1992
28-Fight Back to School II -1992
29-Justice, My Foot! -1992
30-Royal Tramp -1992
31-Royal Tramp II -1992
32-King of Beggars -1992
33-Fight Back to School III -1993
34-My Hero 2 -1993
35-Flirting Scholar -1993
36-The Mad Monk -1993
37-Love on Delivery -1994
38-Hail the Judge -1994
39-From Beijing with Love -1994
40-A Chinese Odyssey Part One: Pandora's Box -1994
41-A Chinese Odyssey Part Two: Cinderella -1994
42-Out of the Dark -1995
43-Sixty Million Dollar Man -1995
44-Forbidden City Cop -1996
45-The God of Cookery -1996
46-All's Well, Ends Well 1997 -1997
47-Lawyer Lawyer -1997
48-The Lucky Guy -1998
49-King of Comedy -1999
50-Gorgeous -1999
51-The Tricky Master -1999
52-Shaolin Soccer -2001
53-Kung Fu Hustle -2004
54-CJ7 -2008

Friday, 17 June 2016

Gadis Muslim Korea Yang Cun... Ayana Moon..

Hari tu aku tertengok rancangan Syahadah kat RTM..
Dia cerita lah tentang agama Islam kat Negara Korea…
Salah satu slot tu dia cerita pasal sorang awek Korea yg cun ni..
Nama dia Ayana Moon..
Tarikh lahir dia 28 December 1995…

Sedang belajar di Malaysia sekarang ni..
Dan dia ada ramai kenalan daripada Malaysia dan Indonesia..
Banyak jugak cabaran dia nak menjadi saudara baru Islam ni..
Demi keazaman dia nak mempelajari dengan lebih details tentang agama Islam ni, dia buat satu account Instagram… nak cari kenalan Islam di serata dunia..
Korang bolehlah belek2 Instagram dia kat bawah ni..
https://www.instagram.com/xolovelyayana

Kat bawah ni beberapa gambar dia yg sempat aku curik dpd account Instagram dia…






Rasa bergetar lak tulang rusuk ni… hehehe

Thursday, 16 June 2016

Ramadhan/Syawal Giveaway by Nadia Reza


Hobi Aku Memancing Ikan.. Part 2

Aku nak citer masa aku mula2 start mancing dulu.. lebih kurang 20 tahun lepas...

Masa tu ada pertandingan mancing, ayah aku pun join sekali..

Dia siap beli joran baru Shakespeare dgn reel sekali..

Aku lak dia hanya belikan sebatang joran telescopic yg takde reel tu... hehehe.. maklumlah budak2 mana boleh pakai joran mahal2...
So, bila wisel mula dibunyikan jer, kitorg pun start lah memancing..

Ayah aku pakai umpan udang dgn sotong...aku pulak pakai umpan roti..

Dekat sejam gak membangau tak dapat ikan... org kiri kanan at least adalah jugak dapat walaupun kecik...

Aku pun gi lah jenjalan tengok org lain punya umpan..

Ada sekali tu ayah aku terbubuh sotong besar sgt kat mata kail, bila dia campak jer joran, org lain memekik, "woooiii, ikan air tawar mana makan sotong wooooiii!!!!"... hahaha... kesian ayah aku, merah muka dia...

Aku pun start gi korek2 tanah cari cacing... banyak cacing aku dapat... aku bawak balik kat tempat aku, pastu pasang kat mata kail...

Campak jer joran, tak sampai 2-3 minit dah dpt sekor ikan talapia... pergghhh... ikan pertama dalam hidup aku...

Aku pun offer lah cacing tu kat ayah, ayah aku taknak... hehe..

Lepas tu jer, berturut2 aku dapat ikan... siap terbang2 lagi... org2 lain siap memekik... "wooooiiii, ikan terbang woooiii..." hahaha... maklumlah joran aku mana ada reel atau dlm bahasa melayu dipanggil kekili... terpaksalah aku sembat je bila dapat ikan.. tu yang terbang2 ikan tu naik atas darat...

Aku dapat dekat 10 ekor... ikan talapia dengan ikan pacu...
Ikan Talapia

Ikan Pacu

Ikan pacu ni mcm piranha... gigi tajam... tak berani aku nak pegang, takut putus jari..

Bila tamat jer pertandingan, ayah aku tak dapat ikan, aku bawak balik semua ikan tu kat rumah...

But, aku respect kat ayah aku, walaupun dia tak dapat ikan, dia still ucap tahniah kat aku sambil senyum...

Bila sampai jer kat rumah, mak aku pun bising... "ni siapa nak siang ikan2 hidup nih?? mak taknak siang..."

Ayah aku senyum jer... dia kata, "takpe, biar ayah siang"...

Ayah aku pun teruslah siang dgn penuh kasih sayang... bersih dia siang, siap letak kapur lagi...

Itulah pengalaman pertama aku dapat ikan... best woooo...

Wednesday, 15 June 2016

Kena Lempang Dengan Orang Melatah..

Dulu aku pernah kerja kilang jadi Engineer..

Jaga production line..

Kat production line tu ada sorang leader ni dikatakan kuat sangat melatah...

Aku memula tak amik port sangat lah, sebab meja aku kat office depan, kengkadang je aku akn masuk production kalau ada apa2 masalah..

So, alkisah nye lah Leader sorang yg dikatakan kuat melatah ni..

Ada yg kata pernah kena lempang dgn dia masa melatah lah, boss pernah kena carut dgn dia masa melatah lah...

Aku pun try lah saja2 panggil Leader ni, konon2 ada quality problem lah... 

Bila dia sampai je lebih kurang setengah meter jarak dpd aku, terus aku tepuk tangan aku kuat2 sekali...

Secara tiba2 jer Leader tu terkejut dan tangan dia hinggap kat muka aku ni... KUAT GILERRRR... PEDIH... SAKIT... MALU...

Leader tu melatah sambil lempang muka aku kuat giler..

Bergegar kepala aku...

Lepas tu jer, Leader tu terus mintak maaf kat aku berkali2... "Mintak maaf ye boss, mintak maaf ye boss, saya tak sengaja, sorry, sorry"...

Aku pun terus pegang pipi yg kena lempang tadi tu, tersengih2 tahan malu, pusing, terus balik kat office aku...

Dalam hati, padan muka aku, org cakap tak percaya... hahaha
Sari Yanti ni sekadar gambar hiasan jer... takde kena mengena dgn citer di atas.. hehe

Giveaway Sejuk Sedap Ramadhan 2016

Hye hye salam perkenalan . 
Kami adik beradik Ema & Lisa ingin mengucapkan SALAM SAYANG salam Ramadhan . Blog VetoVirago sudah pun 1 tahun 4 bulan & ini merupakan first giveaway kami , dengan harapan agar semua bloggerian senyum selalu dan happy-happy ajerrr ...

KLIK GAMBAR UNTUK JOIN GIVEAWAY

Hadiah yang ditawarkan untuk
Giveaway Sejuk Sedap Ramadhan 2016
ini adalah :- jengg , jengg , jenggg !!!
untuk SEORANG yg bertuah sahaja
(pemenang dipilih oleh adik kembar kami berusia 9 tahun) :
  • 1 x T-shirt Exclusive Sabun Sejuk Sedap berharga RM 58
dan +10 hadiah menarik yg lain , iaitu :
  • 2 x Sabun Sejuk Sedap berharga RM 35 
  • 2 x Sampul Duit Raya Sabun Sejuk Sedap
  • 2 x Tapak iklan di Top Sponsor Blog selama sebulan
  • 2 x Duit Raya RM 5 / boleh tukar ke topup
  • 2 x Beg Tote Bercorak - tinggi 44cm x lebar 37cm
(boleh pilih design kegemaran)
Tarikh Mula :15.06.16 *Rabu
Tamat : 30.06.16 11.59 mlm *Khamis
Tarikh keputusan diumumkan pada :
02.07.16 *Sabtu
*****************
Terima kasih kerana sudi menyertai 
Giveaway Sejuk Sedap Ramadhan 2016 . 
Semoga anda bertuah dan berjaya
  *****************
Senarai peserta di SINI [tekan sini]

Hobi Aku Memancing Ikan.. Part 1

Aku memang suka memancing..

Tapi dah dekat 5 tahun dah aku gantung joran..

Baru2 ni aku try cari balik joran kat dlm store kat kampung pun dah hilang dah, tak tau la siapa yg amik..

Dalam banyak2 style fishing, yg aku paling suka ialah bottom dan jugak casting...

Dan aku mmg tak suka memancing kat tengah laut ataupun yg melibatkan kena naik boat sebab aku tak tahan mabuk laut...

Pernah sekali dulu aku memancing kat Pulau Tioman, naik boat, berenti tengah laut, tak sampai setengah jam, dah muntah belelak dah aku...

Aku lebih prefer mancing kat sungai ataupun kolam..

Antara ikan yg aku pernah tewaskan, Rohu, Likoh, Patin, Keli, Terbol, Lampam, Tongsan Sisik Halus, Talapia, Haruan dan Pacu...
Ikan Pacu dan Rohu

Ikan Patin

Ikan Haruan

Dalam banyak2 tu yg paling besar aku pernah dpt Ikan Tongsan (5 kg) dan Ikan Haruan (Besar Betis).. 
Ikan Tongsan Sisik Halus, hanyir giler ikan nih..


Pernah jugak aku dapat ikan likoh lebih 20 ekor dlm masa tak sampai 2 jam, masa tu memang berpesta lah sebab umpan mengena...

Antara umpan2 favorite aku guna, katak, dedak, cacing dan roti...

Next entry aku akn cerita in details pasal pengalaman2 yg aku pernah lalui sebagai pemancing... 

Tuesday, 14 June 2016

Hidup Ini Ibarat Spenda....

Hidup Ini Ibarat Spenda,

Semakin Lusuh Semakin Banyak Pengalaman nya…
- Prof Emeritus Tan Sri Datuk Dr Ir Spendaluddin Alhabshi -


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...