Sudi-sudikanlah Untuk MengKlick Banner Di Bawah Ni... Thank You...

Friday, 22 July 2016

Fantastic 7 Giveaway by SpendaLusuh


Dengan rasa sukacitanya, SpendaLusuh nak buat 2nd Giveaway untuk semua follower2 yg memang awesome...






Syarat-syaratnya ialah:
  • Follow Blog SpendaLusuh (bagi yg belum follow).
  • Like facebook page SpendaLusuh (bagi yg belum like)
  • Buat satu entry bertajuk “Fantastic 7 Giveaway by SpendaLusuh”
  • Copy poster kat atas tu dan backlink ke entry ni.
  • Comment sambil bubuh link post kat bawah ni.
  • Click lah jugak semua nuffnang ads yang ada kat blog ni sekali ye….hehehe


- Pemenang2 akan ditentukan oleh SpendaLusuh sendiri
- SpendaLusuh akan memilih 7 follower yg paling FANTASTIC sebagai pemenang.
- Kalau sempat, keputusan akan diumumkan pada 1/8/2016.
- Keputusan penganjur adalah muktamad.
- Segala bantahan dan surat menyurat tidak akan dilayan.. hehehe


Semoga Berjaya....


Tuesday, 19 July 2016

Swiss: Bernina Swiss Alps - St Moritz

Hari terakhir pengembaraan, aku dah book satu package half day trip to Swiss Alps, St. Moritz...

Pagi2 tu lepas jer sarapan, aku teruskan jalan kaki pergi ke Milan central...

Aku kena tunggu bas depan office travel agent tu...

Sampai2 jer kat lokasi, bas belum tiba lagi...

Aku tengok ramai tourist lain pun tengah menunggu jugak..

Sejam lebih jugaklah kitorang menunggu, dan finally bas tu sampai jugak...

Kitorg akn naik bas dari Milan ke kaki Bernina Swiss Alps dan naik train utk ke puncak St Moritz...

Tujuannya ialah untuk bagi kitorg pengalaman naik train ke puncak Alps...

At the same time, bus yg kitorg naik tu pun akn naik jugak ke puncak ikut jalan biasa...

Plan nya nanti kita akn naik dgn train dan turun dgn bas...

Ok, sebelum bas tu sampai ke kaki gunung, kitorg singgah makan tengahari kejap, isi perut yg mmg dah berkeroncong...



Lepas lunch, kita teruskan perjalanan ke kaki gunung...

Sesampai jer kat kaki gunung tu, kitorg amik tiket yg dah disediakan dan naik train Bernina tu...

Masa mula2 naik tu dlm train agak panas dan berkuap, so, aku pun bukak lah tingkap sambil hirup udara segar dan snap2 gambar...

















Bila train tu naik semakin tinggi, dah mula dah rasa kesejukan... sambil telinga dah mula sumbat2 sebab pressure increase...

So, aku pun tutup la separuh tingkap tu..

Tapi rasa tak best la pulak kalau tutup tingkap...

Then aku bukak semula tingkap, tahan je lah sejuk tu... huhuhu

Tak ingat lak aku berapa lama masa nak naik ke puncak St Moritz tu..

Sampai jer kat puncak St Moritz, kitorg pun turun dpd train, gi shopping sikit2 beli Swiss Chocolate dan fridge magnet..








Amik2 gambar kat puncak.... tak berapa best la sebab belum masuk musim winter lagi...

Kalau dah masuk winter, memang putih jer semua, seputih Qu Puteh... barulah selesa... hehehe

Dah puas bergambar, kitorg pun naik bas dan utk balik ke Milan...


Dalam perjalanan balik tu kitorg sempat singgah jap ke Basilica Madonna, sebuah church lama kat Tirano..




Tirano ni dah kira kawasan Italy dah..

Kat situ jugak kitorg berkesempatan tengok train yg lalu kat celah2 jalan kat pekan Tirano ni...

Dah setel kat Tirano, kitorg teruskan perjalanan balik ke Milan..

Aku kena cepat sebab sampai jer kat Milan, aku kena gerak ke Linate Airport utk fly balik ke London..

Kat London, aku akn tido 1 malam dan naik bas balik ke rumah di utara UK...

Ok, sekian sahaja laporan saya untuk kali ini... 

Nazali Noor - Penulis Buku Ulu Yam di Liverpool (UYDL)

Kalau korg kenal Nazali Noor, penulis buku Ulu Yam Di Liverpool tu, beliau kenalan aku masa kat UK...

Kitorang selalu gak berjumpa walaupun dia tinggal di Liverpool dan aku tinggal lebih kurang 1 jam perjalanan dari sana...

Kami kenal masa kat sana... memandangkan aku ni penyokong kuat pasukan Liverpool FC, kitorg selalu bincang pasal team kesayangan kitorang ni bila jumpa...

Nazali Noor ni merupakan seorang Pensyarah Kanan di Liverpool John Moores University...

Ada seorang isteri, Ain namanya... dan 5 orang anak, 1 perempuan, 4 lelaki...

Hidup dia sekeluarga kat UK ni memang survive... dan sekarang dia dah ada sebijik rumah kat Liverpool, disamping ada buat perkhidmatan Homestay untuk siapa2 yg nak dtg ke UK... 

Sebenarnya kalau korang nak tau lebih dekat lagi pasal Nazali Noor ni, korang bolehlah cari buku2 dia kat MPH...

Buat masa ni dia dah tulis 4 buah buku dah:
1. Ulu Yam Di Liverpool (UYDL)

2. Ulu Yam Di Liverpool 2 (UYDL2)

3. Anak-anak Abah (AAA)

4. Cerita Dari Hati (CDH)


Aku sendiri walaupun dah agak kenal dengan dia pun dah ada empat2 buku tulisan beliau nih...

Memang best cerita2 yg dia tulis... berdasarkan kisah kehidupan beliau sekeluarga...

Raya tahun ni Nazali sekeluarga ada balik Malaysia untuk beraya kat sini...

InsyaAllah, kalau berkesempatan, aku nak jumpa la jugak dgn dia... dah dekat 2 tahun tak berjumpa nih... hehehe

Monday, 18 July 2016

Milan: Bonjourno... Ciao Milano...

Aku menaiki idBus dari Paris menuju ke Milan..

idBus ni best sebab selesa... siap ada internet lagi dlm bas...




Dalam perjalanan, kitorang singgah makan kat Torino salah satu daerah kat Italy...

Kat Torino ni kita boleh nampak puncak2 Alps yg masih diseliputi salji...


Lepas makan, kitorg teruskan perjalanan ke Milan...

Perjalanan dari Paris ke Milan lebih kurang 12 jam menaiki bas..

Sampai2 je kat bus station kat Milan, aku terus pergi cari underground train ataupun org panggil subway...


Station pertama yg dekat dgn bus station tu ialah station Lumpagnano...

Disebabkan aku dah agak biasa naik subway kat London, so, taklah susah sangat nak memahamkan route nak naik subway kat Milan ni...

Aku sampai kat Milan tu dah agak petang, so aku naik subway terus pergi cari Hostel...

Hostel yg aku duduk ni agak selesa sikit sebab dalam 1 bilik besar ada 4 orang jer... atas katil aku ada sorang mamat Italy... pastu ada satu katil double decker lagi ada 2 orang awek Korea...


Lepas mandi, simpan semua beg aku dlm locker then keluar pergi cari makanan... mujur ada 1 kedai kebab turkish halal dekat situ...

Lepas makan aku pun jenjalan dekat2 situ, nak recce tempat2 menarik yg aku plan nak pergi esok...


Lepas tu pergi singgah minum teh jap sebelum balik hostel...



Bangun pagi aku terus sarapan dan teruskan perjalanan cari P.zza Castello...





Lepas tu teruskan perjalanan untuk menuju ke Duomo... sepanjang jalan kaki ke Duomo tu ada banyak bangunan2 yg cantik2...





Sampai jer kat Duomo, pergi amik2 gambar... 





Sambil2 amik gambar kat bangunan Ray Ban tu...

Masa tu dengan poyo nya aku pakai lah sun glass Ray Ban sambil selfie depan bangunan Ray Ban tu... tapi gambar selfie tu takleh la letak sini.. hehehe

Dah penat bergambar, singgah minum teh kejap dekat kedai kopi depan Duomo tu...


Pastu, pergi cari2 souvenir, fridge magnet utk kengkawan...

Dah sudah tu aku bersiap2 nak naik train dgn bas pergi San Siro, stadium untuk pasukan Serie A, Italy... AC Milan dan Internazionale (dulu dikenali dgn nama Inter Milan)...

Dua team ni share satu stadium... San Siro Stadium... aku jenjalan kat luar stadium jer, takde duit nak masuk dalam utk stadium tour... huhuhu






Sambil2 tu pergi kedai souvenir kat bawah stadium tu, cari jersey utk adik aku...


Dah setel San Siro, aku terus balik ke hostel lain untuk tido sebab esok pagi aku nak naik Swiss Alps pulak... hehehe.... tungguuuuuu....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...