Sudi-sudikanlah Untuk MengKlick Banner Di Bawah Ni... Thank You...

Wednesday, 22 June 2016

Hobi Aku Memancing Ikan.. Part 3

Kisah seterusnya pasal hobi memancing aku ni ialah pengalaman pasang tajur dan casting dapat ikan haruan besar betis...
Gambar hiasan, credit to habinos.

Masa tu aku dgn member satu Uni aku plan nak pergi casting kat tasik dlm Uni kitorg belajar...

Kitorg plan nak pasang tajur dulu pagi tu dlm 10 batang...

Korang tau tak tajur tu apa?? hehe..

Ok, tajur tu batang pancing yg simple kengkadang buat dpd buluh atau pelepah anak pokok kelapa sawit...

Sebabkan Uni aku tu dekat dgn ladang kelapa sawit, so, kitorg pun pergilah cari anak pokok kelapa sawit tu..

Senang jer nak buat tajur tu... raut semua daun dia, tinggalkan pelepah/batang tu jer..
Gambar hiasan, credit to zarnistics

Kitorg bawak balik rumah, pasang tali dgn mata kail..

Pastu pergi kedai ikan hiasan, cari anak ikan emas..

Sampai jer kat tasik tu, kitorg pun cangkuk mata kail kat belakang ikan emas tu dan pasang semua tajur yg ada...

Dah setel semua dah pasang kitorg balik lah rumah, layan VCD...hehe

Bila petang jer, kitorg pergilah kat tasik tu semula tengok hasil...

Daripada 10 tajur yg aku pasang tu, 4 btg kena ikan haruan, 2 batang kena ikan keli... aku pun pelik mcm mana ikan keli boleh suka mkn ikan emas pulak...

Dah simpan semua tajur tu, kitorg pun keluarkanlah joran masing2 nak casting...

Kali ni kitorg pasang katak hidup guna double mata kail...

Dpt sekor jer mula2 tu adalah dlm sejengkal setengah saiz dia...

Dan tiba2 joran aku mengena ikan besarrr punyaaa...

Aku pun mula2 tak pasti ikan apa yg aku dpt... dekat 15 minit jugak bertarung...

Lama bertarung bukan pasal apa, sebab ikan tu masuk menyorok kat celah dahan kayu dlm air, tu yang susah tu...

Last2 member aku dah hilang sabar, dia terjun kat tasik tu, lah, tak dalam pun rupanya...

Member aku keluarkan kayu2 yg terbelit dgn tali joran aku tu...

Bila dah release jer aku pun gulung joran.... kitorg bersorak giler... dpt ibu haruan tu... besar betis...hahaha

Bangga giler masa tu... zaman tu handphone takde camera lagi... kalau ada, mmg kitorg dah selfie punya...

Kitorg pun bawak balik ikan, siang, hantar kat rumah mak aku, mintak tolong mak aku masak lemak cili api... meleleeehhh...

7 comments:

  1. huih besaq betis tu. Terbaik ah. memang moment dpt ikan tu paling best ah. Sebab dah tggu lama tetiba rezeki ikan besaq pulak tu puas dia pehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal... puas hati smpai kembang kempis idung... hehe

      Delete
  2. Haruann tasik eyh? Abg mek pn suka mancing nii. Bsau bsau ikan dia dpt. Tp mse mnggu tu yg boring. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan haruan tasik, haruan biasa jer... haruan tasik ni ikan laut...

      Delete
  3. power boss. banyak pengalaman mancing. boleh jadi sifu memancing ni. terbaek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum boleh jadi sifu lagi boss... tunggu dpt title pemancing terhangat dipasaran dulu... :P

      Delete
  4. Haruan tu.. Memang sedap goreng garing..
    Buat sup pun best..
    Tapi saya x minat memancing.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...