Sudi-sudikanlah Untuk MengKlick Banner Di Bawah Ni... Thank You...

Sunday 17 July 2016

Paris: Kota Cinta Yang Indah Khabar Dari Rupa...

Ok, sambungan daripada kisah eurotrip aku 2 tahun lepas tu...

Entry kali ni pasal Paris pulak...

Orang kalau dengar Paris jer mesti ingat macam best jer kan...

Tapi keadaan sebenarnya taklah seperti yang kita fikirkan...

Orang kata Indah Khabar Dari Rupa... overrated...

Bas yg aku naik daripada Amsterdam ambil masa dalam 6 jam untuk sampai ke Paris...

Sampai2 jer aku terus pergi ke Gare De Lyon, train station besar kat Paris..


Aku sampai agak awal... pagi buta.. masa tu memang masih gelap lagi...

Aku jalan kaki dpd bus station ke Gare De Lyon, dlm 15 minit jugak...

Dalam perjalanan tu, nampak lah ramai giler gelandangan tido bawah jambatan...

Dengan bau busuk hancing... diorg ni lebih prefer kencing kat tepi jalan ataupun kat dinding2 bangunan sebab tandas awam diorg mahal... pernah depan mata aku, diorg kencing kat dlm tong sampah... memang tak malu dan pengotor diorg nih...

So, korang kenalah berhati2, jgn suka bersandar kat dinding2 bangunan kat sana ye...

Sampai je kat Gare De Lyon, aku terus cari coffee shop, sebab nak minum teh, sarapan pagi...

Aku pun tanyalah kat sorg pompuan yg jaga kedai coffee tu, "Can I have a cup of tea please?"..

Pompuan tu terus dengan muka menyinga marah aku dlm bahasa france, pastu halau aku dpd situ...

Adooooiii... apa salah aku??

Tetiba aku teringat pesan kengkawan aku yg pernah pergi France, diorg kata kalau boleh jgn cakap English dgn diorg sebab diorg ni memang musuh/dendam dgn orang British...

Aku pun tunggu jap kat luar kedai, bila org lain yg jaga, aku terus masuk, pastu cakap, " Er...er.. minum... minum... tea... tea.." org yg jaga tu sengih2 terus bagi aku secawan teh, aku pun bayar, duduk lah minum kat situ sambil keluarkan roti yg mmg aku ada bawak bekal...

Lepas sarapan, aku jalan kaki pergi cari hotel2 murah, nak mandi, solat, rehat kejap sebab badan letih..




Kebetulan org yg jaga kat hotel tu org Islam, org Algeria... kat Paris ni mmg ramai org Algeria...

Aku duduk kat hotel tu setengah hari jer sebab tengahari tu aku nak jalan kaki pergi tengok tempat2 menarik, dan yang paling penting ialah pergi Eiffel Tower...hahaha

So, tengahari tu, lepas badan dah segar, aku pun teruskan pengembaraan jalan kaki kat area2 Paris..

Tempat2 yg aku pergi; July Column, Hotel de Ville, Seine River, Notre Dame, Conciergerie, Musee du Louvre, Louvre Pyramid, Arc de Triomphe du Carrousel, Tuileries Garden and finally Eiffel Tower...





















Kat Eiffel Tower ni aku hampir kena pickpocket... nasib baik aku teringat pesanan dpd uncle aku, dia kata hati2 kat Eiffel Tower ada ramai pickpocket...

Aku letak passport dgn wallet aku kat pocket depan dalam jacket aku...

Mamat yg nak copet wallet aku tu buat2 terlanggar aku, pastu tangan dia raba kat pocket belakang seluar aku, nasib baik takde wallet kat situ... hahaha... you are busted... terus dia lari cabut... nak jer rasanya aku sauk dia guna batang selfie aku ni... hahaha...

Dah puas amik gambar Eiffel Tower, aku naik train balik ke Central... kali ni tempat aku nak pergi, macam biasalah Hard Rock Cafe, Paris....hahahaha




Sambil2 amik gambar, masuk dalam cari souvenir...

Dah puas amik gambar, aku cari tempat makan nak isi perut yg lapar ni...

FYI, restoran halal kat Paris ada banyak la jugak, tapi diorang wajib kena jual arak... so, aku masuk je lah, asalkan dia ada tulis halal kat situ... diorg nak jual arak ke tidak diorg punya pasal lah... aku pun dah lapar giler...

Bila perut dah kenyang, aku pun pergilah cari bus station tunggu bas untuk destinasi seterusnya... 


Milanoooo..... Italy...

Ok, tunggu entry seterusnya ye... :)

14 comments:

  1. Seronok singgah blog sini...dapat tgk banyak gambar2 obesea :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok gambar mmg best... tapi actual condition, tak seperti diharapkan...

      Delete
  2. walaupun tak seindah yang disangka tapi still best dapat visit banyak tempat

    ReplyDelete
  3. mcm tuuu. ingtkan negara luar ni pembersihhh

    ReplyDelete
  4. Paris memang xbest pun. selain drp environment x bersih, penyeluk saku , org kat sana pun anti islam. i dun like it :(

    ReplyDelete
  5. Cant wait for your next post! this is so cool ! suka baca travelog XD. never been to paris, tp dengar awak cerita pun dah boleh imagine. plus banyak gambar !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bonjourno... cerita Milano dah siap dah tu... :)

      Delete
  6. Hihi ade je orang sana yang speaking, tp susah sgt nk jumpa yg open minded cmtu. Uhuhu

    Majority yg g sana, akn belajar serba sedikit bahasa yang simple.. Hihi

    ReplyDelete
  7. Best tengok gambar2 kat sini..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...