Sudi-sudikanlah Untuk MengKlick Banner Di Bawah Ni... Thank You...

Thursday, 30 June 2016

The Worst Ramadhan Buffet aku pernah pergi. Oceania The Summit Hotel,

Tadi aku dgn geng2 opis aku berbuka puasa kat Buffet Ramadhan Oceania The Summit Hotel USJ...

Sepanjang hidup aku, ni lah Ramadhan Buffet paling teruk sekali aku pernah pergi..

Rate mahal nak mampos RM78 per pax, so, my expectation mestilah sesuai dgn harga..

Benchmark aku ialah Kambing Panggang, seperti yg dia letak dlm iklan..

Aku mmg penggemar kambing panggang, so, inilah yg mula2 sekali aku akn ambik masa iftar..

Kat Oceania The Summit Hotel ni sebenarnya bukan kambing panggang... aku boleh kategorikan Sayur Panggang...
Sayur panggang, bukan kambing panggang...

Agak2lah nak kaut untung pun, sayur kau dah 80% dpd portion kambing tu..

Dahla aku ni mmg jenis tak makan sayur..

Bila aku mintak kat penjaga stall tu, nak kambing only, dgn muka musibat dia kata tak boleh..
Musibat penjaga stall kambing...

Aku pun tunjuk lah kat kambing yg dia tgh potong tu.... dia kata still tak boleh jugak, sebab dia nak campurkan jugak dgn sayur yg melimpah kat dlm kuali tu...

Aku cakap aku tak makan sayur, aku nak kambing jer... musibat tu jawab, kalau I bagi kat you kambing saja nanti orang lain pun akn mintak mcm tu jugak....WTF???

That's not my problem... aku bayar nak makan kambing panggang kot, bukan sayur panggang... siot betul lah...

Kalau takut daging kambing tu tak cukup, prepare lah lebih2... bukan murah2 aku bayar, RM78 per pax tu...

Mamat tu buat muka musibat dia tak layan aku... aku pun geram, pergi amik 2 pinggan, suruh dia letak sayur2+daging kambing tu atas pinggan aku, depan2 dia aku asingkan daging kambing yg tak sampai 7 helai tu kat pinggan satu lagi...

Pinggan yang penuh dengan sayur tu aku tinggalkan jer kat situ... geram betul aku...

So, untuk siapa2 yg nak Iftar kat Summit Hotel tu, aku rasa tak payahlah... buang duit jer...

Dahlah org penuh giler, dia main sumbat jer semua org, tak pikir lauk cukup ke tak... pastu bila lauk, nasik, air habis, diorg tak top-up... memang perangai macam komunis...


Oceania The Summit Hotel

Oceania The Summit HotelOceania The Summit Hotel

5 comments:

  1. Cukup tak suka tempat yang ambil kesempatan macam ini.. Letak harga mahal2 tapi makanan sadis giler... Just nak kaut keuntungan semata-mata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun... tempat2 mcm ni elok kita boikot jer...

      Delete
  2. Aiya... Teruknya..! Nasib baik Reen xpernah makan kat sana. Xpernah jmpa hotel cmni teruk. Hotel lain rileks je nak kambing je, haaa ambk. Nk melantak buah je, haaa ambk jgk. Hihi

    ReplyDelete
  3. mmg cekik darah ni..boikot je terus..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...